Saturday, 30 November 2013

abah & mak

abah & mak
insan yang paling ku cinta dan ku sayang..
seakan baru kini ku mengerti cara mengucap sayang terhadap mereka
egokah aku selama ini..
langsung tak menghiraukan erti sayang dan cinta ini..

terasa malu terhadap diri di atas segala dosa
yang pernah ku lakukan terhadap mereka

abah & mak
langkah anakmu kini semakin  jauh
anakmu kini telah dewasa
aku bukan lagi anak kecil yang duduk di samping kalian
seperti mana suatu ketika dahulu..
pandangan kalian tak lagi memerhatikanku seperti selalu 
aku makin jauh dari pandangan
mengejar cita di negeri asing
demi untuk membanggakan kalian
demi impian dan harapan yang dipertanggungjawabkan

seakan sebak didada
apabila langkahku disini 
tidak lagi di iring seperti dulu..
hanya kata-kata nasihat dan pesanan
menemani langkahku..
untuk aku mewarnai hari-hari baru 

kadang langkah ku disini goyah sendiri
tiada tempat untuk mengadu
tiada tempat untuk mencurah rasa..
bila saat itu datang 
aku terasa bagaikan ingin kembali dalam pelukan kalian
dipujuk dengan kata agar tak mudah menyerah


mengimbau kenangan di waktu kecil dahulu
aku anak manja kalian 
di didik diasuh
dipeluk di cium
dengan sayang dan cinta
lelahmu abah mencari rezeki buat kami
bagaikan hilang apabila pulang
senyum mu mengukir bahagia
langkah kaki kecil ini
sentiasa mengikutmu..
agar kau tak hilang dari pandangan..

kini tiada lagi ..
aku makin dewasa dengan asuhan kalian
membawa langkah  ini sendiri
aku rindu untuk terus berada di samping kalian
namun fitrah hidup tak mungkin mengizinkan..
hanya doa mak dak abah yang diri ini perlu
agar sentiasa kuat meneruskan
perjalanan yang penuh persimpangan penuh liku

mak dan abah
doaku agar kalian dipanjangkan umur
tak mampu ku membayangkan bagaimana kelak hidupku 
tanpa mak dan abah
doa kalian ku perlu agar aku kuat
menempuh hidup ini,..
semoga aku sempat membalas budi
membesar dan mendidik kami adik beradik..


anakmu yang merindu
        9.52 p.m
        sabtu







Saturday, 23 November 2013

cerita rindu

di malam yang sunyi
terasa hati ingin menulis lagi..
meluah segala rasa yang tak pasti..
ini cara ku mencoret rasa..
ingin kuluah pada manusia
kadang aku sendiri tak pasti..
ikhlas kah mereka mendengar cerita-ceritaku atau
sekadar suara ku singgah di angin lalu..
lalu ku turutkan rasa agar terus memendam segala rasa
cukuplah Allah sebagai tempatku mengadu..
kerana ku pasti Dia sentiasa ada untukku..

rindu ini hadir mencengkam dada
sebak ku rasa..
merindu insan yang tiada..
merindu insan yang jauh..
merindu kenangan ..
merindu segala masa lalu yang telah jauh ku tinggalkan..

beginilah hidup..
melalui dan meninggalkan dengan penuh cerita
penuh rasa..
kadang aku lemas dalam rindu..
mana mungkin masa bisa ku putar
untuk mengembalikan semula kenangan bersama
hanya ingatan tulus ini
hanya doa bisa ku beri mengiringi langkah
setiap perjalan hidup mereka,,

1.47 a.m
24/11/2013
kembara si perindu

Friday, 15 November 2013

petang yang damai

aku seorang hamba..
hakikat hidup seorang insan

langkah kadang lemah 
hati kadang resah sendiri
kala sepi ..sedih bertandang..
besarnya peranan hati
penuh rasa yang tak pasti

luahan rindu..
hanya mampu terucap di dalam hati
tak mampu ku luah di bibir
sekadar memendamdan dan 
menyerah pada pencipta rindu

hidup ini singkat
jangan di persia..
jangan di hiraukan..
pandangan manusia padamu..

teruskan langkah walau lemah
tak kan kau rebah andai Allah sentiasa di hati..

begitulah hidup..
kadang bahagia, kadang derita..
mimpi sekadar mimpi..
jangan terlalu berharap..
sekadar perancangan yang mampu
sedang hakikat kita tiada daya..
hanya mampu berserah
pada Illahi..

Thursday, 7 November 2013

salam dari bumi UMT..

sahabat.,
jawapan apa yang harus aku berikan..
sama sekali tidak ku sangka..
hatimu sering terguris dengan tindakan ku..
aku sedar silapnya aku..
aku tak mampu untuk menjaga hati banyak pihak..

jauh bukan bermakna lupa..
di hati kecil ini..
masih tersimpan teguh satu nama seorang sahabat yang aku sayangi..
sahabat yang memahami di saat aku dihujani masalah..
sahabat yang menegur disaat aku alpa..
ku kongsi hati ini untuk sahabat-sahabat yang lain..
tak bermakna kasih sayang itu turut diagihkan..
hati ini masih menyanyangi walau jauh jarak kita terpisah..

Ya Allah..
jagakan hati dia agar terus kuat menghadapi dugaan
kuatkan hati nya agar tak mudah rapuh dengan ujian..
aku tak mampu meminjamkan bahuku
aku tak mampu menyapu airmatanya..
aku teramat jauh ..
jarak menjadi pemisah ..
tapi ku harap
hati kami masih dekat..
hati kami saling mengingati..
aku rindu dia..

sahabat..
aku sedar banyak kilaf ku..
jangan menghukum ku..kerna aku juga masih lemah
lemah dalam meniti hari-hariku disini..
ku mohon kemaafan..
andai sikapku mengguris hatimu..
aku tak pernah membuang mu dari hidupku..
aku masih mengingatimu..
masih mendoakan kegembiraanmu dari kejauhan ini..

terima kasih di atas pesanan tulus mu terhadapku..
disaat aku merasa lemah di uji disini..
rupanya hatimu lebih teruk memendam rasa..
tak sudah dirimu di uji..
Allah menyayangimu..

aku sentiasa ada untuk mendengar segala deritamu sahabat..
aku tak mampu memberi jawapan di atas setiap pertanyaan..
tetapi..insyaAllah..aku mampu menjadi pendengar setia,.
menangislah sampai kau lelah sendiri..
mungkin airmata mu mampu menjadi penguat untukmu..

salam sayang ku untukmu
dari kejauhan di bumi UMT ini...

jumaat..            9.26 a.m






Tuesday, 29 October 2013

cerita semalam

semalam yang ku tinggalkan
punya cerita yang amat menyakitkan..
hanya kerana satu ayat
C.A.K.N.A.
mendalam mengguris hati
seharian buat hidupku tak tenang
bila difikirkan semula
perkataan itu mungkin tak memberi apa-apa makna
tetapi mengapa amat menyakitkan ??
menguris hati ini
atau mungkin aku memang tak mengambil cakna
owh..salah aku laa..

saat-saat diri teruji dengan pelbagai masalah
kosong kurasakan
tiada kata yang mampu ku ungkap
hanya air mata yang terus mengalir
mengering di pipi dan kemudian nya mengalir lagi
air mata bagai tiada rasa letih mencurah
sama dengan hatiku ini..
puas ku pujuk tapi hati tetap begitu..

bukan aku menyesali takdir
cuma aku yang kurang kekuatan

hala mana lagi untuk ku pergi
aku tak ingin begini
bukan aku tak mengingatkan hati
cuma hati ini degil
dugaan ini ujian

Allah ada menemani di setiap langkah
itu lah yang ku percaya..
hidup ini milikNya..
takdir telah tersurat
pena telah mengering
hidupku terlipat dalam suratan takdir tuhanku..
hanya doa yang ku mampu
wahai diri kuatkan lah dirimu
Allah uji tanda kasih dan sayang
jangan mudah mengeluh,jangan mudah berputus asa
perjalanan masih jauh..
dugaan di hadapan sana masih banyak yang menanti..
walau dalam terpaksa lalui lah ia 
kerna mungkin keterpaksaan itu yang menjadikan kita makin kuat.

 

Friday, 18 October 2013

kesunyian yang indah

indah sebuah kesunyian
mendekatkan aku padaMu Tuhan
pada mula yang sukar untuk ku akui
akhirnya ku mengerti
kesunyian ini bukan sebuah kesepian yang harus aku tangisi
tetapi sebuah kekuatan yang perlu ku cari
kadang kala bersendiri itu perlu
untuk kita lebih mengenal diri
untuk kita lebih mengenal pencipta
hadirnya rindu ini kerna Illahi
lantas untuk apa ditangisi pada rindu
serah kan pada pencipta rindu
berdoa dan pasrah dalam penantian
sebuah kesabaran yang akhirnya membuah kan kemanisan
aku hanya hamba 
padaNya yang memberi nyawa



Friday, 27 September 2013

melihat keresahan ia sebenarnya ujian

Bismillahirahmanirahimm\..

pagi yang indah untuk dilalui..
begitulah pagiku hari ini..
melihat kegembiraan teman-teman baru berlari-lari
di gigi pantai..berlari menjauh dari ombak..
iya seakan-akan sebuah ketenangan yang sukar diperolehi..

aku tersenyum melihat telatah mereka..
namun disebalik senyuman
terasa suatu kekosongan..
kekosongan yang sukar difahami
apatah lagi untuk aku mengerti..

masa bisa mengubah segala cerita
seperti mana ombak bisa mengubah pantai
aku menanti saat itu..
saat hati bisa meninggalkan segala cerita lama

aku insan tak sempurna
malah penuh dengan kekurangan
selalu mengharap hidup seakan manisnya mimipi
namun hakikatnya..
ada takdir yang harus aku lalui..

hati yang kosong perlu di isi..
di isi dengan rasa cinta dan rindu..
cinta untuk yang berhak..
rindu pada yang halal..

aku ingin mencintaiMu Allah..
terasa penuh kerugian andai resah hati ini ku abaikan
sedangkan ku tahu resah hati ini
tanda Engkau ingin kan aku mendekatiMu
bukan makin menjauh
bersyukur kerna masih lagi diri ini
diuji..


Friday, 20 September 2013

terus ku memerhati

tersentak rasa hati..
lantas inginku menulis lagi..
dalam suasana penuh ketenangan..
angin lembut menyapa ..terasa sunyinya tanpa bahasa..

dalam lemahnya aku menjaga hati..
kadang kekutan itu terlahir jua..
hatiku sendiri bukan milikku..
lantas untuk apa aku ingin memaksa hati insan lain..

biarkan aku terus memerhati dalam diam..
sampaikan aku penat sendiri..
kerna ku tahu satu saat..
hati itu pasti dilengkapi..
oleh seseorang yang telah ditakdirkan untuknya..
malah ku sendiri tidak tahu..
mungkin saja.. hati itu bakal ku genggam..
atau ada insan lain  yang sudah menanti..

sakit itu pasti..
tapi yang lebih pasti Allah ada disisi menemani..
andai ini cinta suci yang dirahmati..
suatu saat.. dua hati bakal memiliki..
tetapi andai ini hanya dugaan tentang hati..
ku serah kan cerita hati ini hanya pada Illaahi..
kerna hati ku ini milikNya..



Monday, 16 September 2013

langkah ku mengejar bayangan

senja petang ini..
seolah-olah menghayutkan aku lagi dalam lautan rasa..
sungguh aku tidak mengerti tentang hati ini..
seakan-akan hati tak mahu berpihak padaku..
aku hanya ingin sendiri..
meneroka persaan sepi ini..
kadang langkah tak berdaya..
kadang langkah lemah dalam perjalann..
haruskah ku terus kan..meski ku tahu
angan ku hanya hayalan..
meski langkah mengejar ..
namun yang ku kejar hanya bayangan..
ku ingin mendakap erat..
sebuah rasa yang menyakitkan..
tidak kutahu penghujung rasa ini..
kerna ia bermula tanpa aku sedari..
tak daya untukku halang ..
biarkan aku berlari ..
sampai ku rebah sendiri..


Sunday, 8 September 2013

aku kian sedar

dengan tiba2..kaki tak mampu untuk teruskan langkah
hati terasa sakit..
jiwa seakan terseksa
mungkin salahku..
terlalu mengharap sedangkan dia hanya membantu..
salah ku yang ingin memilikinya sedangkan ku tahu..
pengharapan ku terlalu tinggi..
aku hanya insan biasa..
dugaan datang lagi disaat hati rapuh terluka..
perasaaan ini amat menyakitkan..
aku seakan tak mampu teruskan langkah,..
kekecewaan ini..apakah tepat pada masa..

jiwa jangan kau lemah..
melalui saat ini..
Allah kuatkan aku..
aku tak layak memilikinya..
aku tidak ingin melihat dia..
hapuskan dia dari hati ini..
buangkan bayangan wajahnya dari relung hatiku..

Friday, 6 September 2013

aku beserah

perasaan bersendiri..
andai ini takdir ALLAH di atas setiap dosa lalu
akan ku terima dengan redha..
tak kan henti ku berdoa
rahmat Mu Illahi..
kelemahan ini takdir yang terindah mungkin
untuk aku sentiasa mendekatiMu..
tak ingin ku mengharap pada yg tak pasti..
andai pengharapan itu akhirnya membuahkan kekecewaan ..
biar ku jalani takdir ini
walau sendiri akan ku gagahi..

#andai hari ini kita merasa sepi..
ingat lah mungkin ini dari dosa alpa yg pernah dilakukan..
kita hanya melihat hidup kita pada hari ini..
andai hujan yang membasahi diri tika ini
mungkin esok pelangi indah kan muncul menyinari..

Saturday, 31 August 2013

aku bakal mahasiswi

assalamualaikum..,

today, 1sept 2013..,so just counting mase j lagi nak smpai 2 sept 2013..,
excited ke aku dengan tarikh 2 sept ni??
hoho,,. actually, bkn excited pun.., seram sejuk je rase..

tarikh 2 sept ni sebenarnya..,
aku akan menjadi mahasiswi di UMT.,
yess ! UMt,,
kawan2 baik aku semua dapat continue study jauh2..,
aku je dapat dekat dengan rumah..,
dekat pun xla sgt..,kre2 40 minit dari rumah..,
setiu ke gong badak xde la jauh sgt kot..huhu

sedih jugak dpt dekat je,,.
tapi ttp kne brsyukur.. dapat msuk u pun alhamdulillah dah kn..
rasa teruja nak masuk u mmg la ade..
tapi sedih nk tnggal family kat rumah..,

yea, aku kena kuat..
dah x boleh lemah2 dah..,
kawan2 yg merantau jauh tu boleh je hidup..
xkan aku yg dapat dekat ni nk "lembik" lg kn..
i promise to my self..
aku nak jadi orang yg kuat..
aku tak nak jadi lemah dah..
xkan nk tgk org je berjaya kemana2..
kita pun boleh..
insyaAllah, dengan izin-Nya..

oke barang2 xhabis packing lg..,
walau pun dekat still beg sampai 3 bijik uolss..
siap la esok i kene bleber dkat mak cz bwak brg bnyk..

tak sabar nak menjalani hidup sbgai mahasiswi..
moga ALLAH melindungi aku dan sahabat2 ku..

#umt, i'm coming.. just wait oke..,

Sunday, 19 May 2013

today im sad..!!




assalamualaikum..


walau dapat aku terima kenyataan..,ternyata kekecewaan itu tetap ada..,kesedihan itu tetap terasa..

ecece..!haha ..berayat pulak cik naa ni kan..:)
grrrr...tapi sedih2 pun kau kena tetap terima laa naa..,
so,kena senyum laa kan...hahaa..senyum semewekk laa aku.. nak buat camner kan ..dah kenyataan nya mmg mcam tuu..,
"alah,,.kau tak dapat temuduga cikgu ja pun..,bukan tak boleh masuk u lagi.."
tulaa ayat aku nak sedap kan hati ni...

oke,,hari ni memeng aku tungggu sangat..sebabnya hari untuk chek interview kos pendidikan khas kat ukm...

aku dah memang minat kat kos ni sejak kakak aku perkenalkan hari lepas aku dapat result stpm hari tuu..!
baru ttahu ja pun ada kos ni.. kalau tak mesti dah minat dari dulu..
tapi nak buat macam mana, mungkin dah bukan rezeki aku..
yelaa,kalau dapat jadi cikgu khas ni kan memang kena banyak sabar..,mungkin ALLAH tahu aku ni macam mana kan..sebab tuu laa aku bukan di antara insan2 yg terpilih..huhu..,terima ja laa dengan redha..

katanya kawan aku si Adam..,Allah dah tentukan yang terbaek untuk kita.. 

yee cik Adam,,.i dengar apa yg u pesan.. u pun sama ye..jangan nak sedihh sangat sebab tak dapat kos yg u nak tu..sekarang kita sama tak dapat apa yang kita nak..,
sebab nya mesti ada hikmah yg Allah dah tentukan untuk kita kan..

oke,lah menanti keputusan interview upsi plak untuk esok..harap2 ada lagi impian nak jadi cikgu tuu..

walaupun dah melepasi interview cikgu kat USM hari tuu..
tapi takut nak berharap..,takut tak dapat..nanti mesti sedihh..huhu..
Ya Allah, permudah kan lah untuk segalanya bagiku dan sahabat2ku yang tersayang..



Thursday, 16 May 2013

~~HARI INI HARI GURU~~

assalamualaikum,

terasa pulak nk update blog yg dah bersawang ni..
maklumlah baru belajar-belajar berbelog je kan ni..hehehe
 oke, disebabkan hari ini hari guru..
teringat pulak zaman-zaman sekolah dulu..
walaupun baru habis sekolah setelah menamatkan zaman ting 6 tahun lepas..
hurmm..kalau kira-kira baru 5 bulan tak pergi sekolah..
tapi terasa dah lama sangat tinggal alam persekolahan..

oke lah disebabkan hari ni merupakan hari guru..,
terasa nak bercerita pulak tentang sekolah..
kalau dulu masa sekolah..
tiap kali nak menyambut hari guru..
cikgu-cikgu lah yang bersusah payah nak buat persiapan hari guru..
keteorang budak-budak ni just tngu arahan dari guru2.. hehe,,teruk kan..,!
tapi hari guru kat sekolah mmg best..

kalau dulu mase kecik2,,time sekolah rendah..
mesti excited giler nak pegi sekolah masa hari guru..
n then adelah anak mak yg menangis-nangis suruh mak beli hadiah untuk cikgu2 kat sekolah..aku lah tuu..
hahaha..kalau dapat bawak hadiah pen 2batang..semestinya pen merah & pen biru..
letak dalam kotak ubat gigi pun jadilaa..lepas tu balut pulak ngn kertas minyak warna koko tu..
mesti dah hepi sangat masa tu ..sebab nya kite pun ade hadiah nak bg kat cikgu..
n then mak pun selalu buat kan kad hari guru guna kertas lukisan je.. satu kertas tu kerat dua,,jimat ! haha..

rindukan time2 sekolah dulu..
sekarang segalanya hanya milik kenangan..
kenangan bersama cikgu-cikgu..
yang semestinya banyak memberi tunjuk ajar


kepada insan yang bergelar guru..
kepada insan yang pernah mengajar diri ini..

cikgu..
selamat hari guru ku ucapkan.. terima kasih diatas segala ilmu, tunjuk ajar & pertolongan yang diberikan..
jasamu akan ku kenang selalu walau diri ini semakin menginjak dewasa..
padamu guru.. insan yang di amanah kan ALLAH untuk mendidik &mengajar ..
ku akui bukan mudah untuk menjadi seorang guru..pelbagai cabaran ,ujian & dugaan yang harus di tempuhi
kau terpaksa melayan anak2 didikmu yang pelbagai kerenah..
namun kau cekal kan hati untuk terus melihat anak didik mu berjaya..
cikgu doakan diri ini agar kelak andai diberi peluang aku juga teringan untuk bergelar seorang guru seperti kalian..
ingin ku didik mereka dengan penuh kasih sayang agar kelak mereka berjaya dunia & akhirat..
insyaALLAH..aminn..