Thursday, 7 November 2013

salam dari bumi UMT..

sahabat.,
jawapan apa yang harus aku berikan..
sama sekali tidak ku sangka..
hatimu sering terguris dengan tindakan ku..
aku sedar silapnya aku..
aku tak mampu untuk menjaga hati banyak pihak..

jauh bukan bermakna lupa..
di hati kecil ini..
masih tersimpan teguh satu nama seorang sahabat yang aku sayangi..
sahabat yang memahami di saat aku dihujani masalah..
sahabat yang menegur disaat aku alpa..
ku kongsi hati ini untuk sahabat-sahabat yang lain..
tak bermakna kasih sayang itu turut diagihkan..
hati ini masih menyanyangi walau jauh jarak kita terpisah..

Ya Allah..
jagakan hati dia agar terus kuat menghadapi dugaan
kuatkan hati nya agar tak mudah rapuh dengan ujian..
aku tak mampu meminjamkan bahuku
aku tak mampu menyapu airmatanya..
aku teramat jauh ..
jarak menjadi pemisah ..
tapi ku harap
hati kami masih dekat..
hati kami saling mengingati..
aku rindu dia..

sahabat..
aku sedar banyak kilaf ku..
jangan menghukum ku..kerna aku juga masih lemah
lemah dalam meniti hari-hariku disini..
ku mohon kemaafan..
andai sikapku mengguris hatimu..
aku tak pernah membuang mu dari hidupku..
aku masih mengingatimu..
masih mendoakan kegembiraanmu dari kejauhan ini..

terima kasih di atas pesanan tulus mu terhadapku..
disaat aku merasa lemah di uji disini..
rupanya hatimu lebih teruk memendam rasa..
tak sudah dirimu di uji..
Allah menyayangimu..

aku sentiasa ada untuk mendengar segala deritamu sahabat..
aku tak mampu memberi jawapan di atas setiap pertanyaan..
tetapi..insyaAllah..aku mampu menjadi pendengar setia,.
menangislah sampai kau lelah sendiri..
mungkin airmata mu mampu menjadi penguat untukmu..

salam sayang ku untukmu
dari kejauhan di bumi UMT ini...

jumaat..            9.26 a.m






No comments:

Post a Comment