Sunday, 4 January 2015

di senja yang sepi ini..
kau menghampiriku lagi..ahh..mudah benar hati ini terusik walau hanya sejenak mendengar khabarmu....
sudah berapa kali aku memungkiri janji pada diriku untuk melupakanmu..tapi ternyata aku gagal.. rupanya mendengar khabarmu yang indah membuat aku kelu sendiri..
jarak kita makin dekat..tetapi tetap jauh disebalik setiap keadaan..
suaramu ceria..langsung tak pernah berubah seperti sewaktu aku mengenalimu...
usikan mu masih ada membuat aku tersenyum sendiri..
puas ku tolak bayangmu..mengapa sukar untukku melupakan...kerap kali kau hadir tika aku kesibukan dan kini aku terpaksa lagi memikirkan tentangmu..
wahai kekasih..sungguh tidak ingin lagi aku begini.. mengingatimu..merinduimu..
banya cara kulakukan.mengapa takdir tetap begini..
 meski aku sering tertanya,,langsung tiada peluangkah untuk kita kembali seperti dahulu..
satu jawapan yang kutemui kita tidak berjodoh..

Monday, 8 December 2014

lama tak ku menulis..
mencoretkan bait-bait ayat..mencari kembali ketenangan yang lama ku pinggirkan..
sungguh aku resah.. kecewa pada diri.. walau pedih..terpaksa ku telan..
aku rindukan ketenangan semalam..
ketenangan sewaktu kecilku.. tanpa perlu memikirkan semua resah hidup ini..
ku sedar tiap masalah yang menjadikan aku kuat.. namun masih bisakah untuk aku terus tersenyum saat ini..saat hatiku bergolak oleh segala rasa.. tuhan kurniakan padaku kekuatan..kurniakan pada ku hati yang kuat.. jangan biarkan aku lemah sendiri..
sungguh aku tak mampu.. sungguh aku tak kuat mengharungi tiap cobaan yang Engkau berikan..

inginku pulang pada pangkuan keluarga..menceritakan tiap rindu.. tapi ku takut , takut jikalau kau tidak mampu mengawal tiap bicaraku.. kelak menghiris hati dan perasaan mereka yang menyayangi ku..
aku tak betah untuk terus berada disisni.. tersenyum saat hati menangis..
siapa yang ingin mendengar resahku..andai resah ku sekadar menyusahkan mereka kelak.. hanya padaMu tempat aku bisa meluahkan segalanya..  tapi aku kadang tak punya kekuatan..
kumohon agar aku tabah..kuat disini..walau langkah ku tak seperti mereka..

Saturday, 21 June 2014

cepat waktu berlalu

assalamualaikum..

hari ni tanggal 21.6.2014
firstly, hari ni birthday abah..
insan istimewa di hatiku..
selamat hari lahir yg ke 48 abah..
hari lahir abah tahun ni ,, abah dah dapat cucu sulong..
mesti sekejap sgt rasa..
kalau ingat balik..25 tahun dulu.. abah baru dapat anak sulong..
mak baru lahirkan akak.. tapi sekarang.. akak pulak dah beranak..
cucu sulong abah..

ape pun sempena hari jadi abah..
anakmu ini sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup abah dan mak
moga abah dan mak panjang umur, sihat selalu..dan dalam keberkatan Allah s.w.t..
insyaallah..amin..

hari ni jugak..aku dah habis exam untuk sem 2..alhamdulillah..aku berjaya tamatkan tahun pertamaku di universiti..banyak dugaan dan cabaran yg terpaksa ku tempuh..terima kasih kawan-kawan..hadirnya kalian disisi.. membuatkan hidup ini lebih bermakna..

petang ni, mungkin petang terakhir aku di asrama..
bilik yang penuh kenangan...
sayang nak ku tinggal..tapi takdir dah tentukan..cukuplah masa setahun aku disini..
kalau berpeluang lagi.. pasti ku kunjungi lagi..
moga tahun seterusnya aku mampu menjalani dan menyesuaikan diri untuk tinggal di rumah sewa bersama kawan-kawan baru..
pada Allah lah tempatku mengharap..

Saturday, 26 April 2014

Benar hati ini milik Allah azza wajjala.. Dia yang berhak membolak-balik kan hati manusia. Dari suka menjadi benci , dari benci menjadi sebaliknya. Juga benar pesan mereka jangan terlalu melatakkan hati pada insan. Biar baru dikenali atau sudah lama sekalipun. Kerna takut, hati akan kecewa, patah beribu. Sakit yang amat menyakitkan, bila orang yang kita sayangi sebenarnya langsung tidak pernah untuk menjaga hati dan perasaan insan di sekeliling. Atau sebenarnya hati ini yang terlalu sensitif, mudah benar terasa dengan perkara yang remeh. Sehingga kini persoalan muncul, adakah mereka yang terlalu kejam atau hati ini yang cepat benar tersentuh. Hati bukan milikku.. bukan juga milik mereka.. tapi hati ini tak betah menerima segala rasa sehingga cepat benar ia terguris.
Ada ketika, bila hati ini terguris oleh rasa, aku ingin lari jauh dari mereka. Tak ingin ku menoleh lagi untuk sekadar mendengar kata maaf yang sebenarnya langsung tak punya keikhlasan. Hanya penuh kepuraan untuk berselindung di sebalik kesalahan. Namun mana bisa ku pergi menjauh, kerna aku tak punya pilihan.. jalan ku tetap di sini.. penuh persimpangan, penuh duri.. walau tujuan ku hanya satu..  tak semudah angan untuk  ku gapai.
Ya Allah andai suatu ketika nanti aku kehilangan arah tujuan dan harapan ..yakin kan lah aku bahawa takdir Mu adalah yang terbaik untukku..


Saturday, 30 November 2013

abah & mak

abah & mak
insan yang paling ku cinta dan ku sayang..
seakan baru kini ku mengerti cara mengucap sayang terhadap mereka
egokah aku selama ini..
langsung tak menghiraukan erti sayang dan cinta ini..

terasa malu terhadap diri di atas segala dosa
yang pernah ku lakukan terhadap mereka

abah & mak
langkah anakmu kini semakin  jauh
anakmu kini telah dewasa
aku bukan lagi anak kecil yang duduk di samping kalian
seperti mana suatu ketika dahulu..
pandangan kalian tak lagi memerhatikanku seperti selalu 
aku makin jauh dari pandangan
mengejar cita di negeri asing
demi untuk membanggakan kalian
demi impian dan harapan yang dipertanggungjawabkan

seakan sebak didada
apabila langkahku disini 
tidak lagi di iring seperti dulu..
hanya kata-kata nasihat dan pesanan
menemani langkahku..
untuk aku mewarnai hari-hari baru 

kadang langkah ku disini goyah sendiri
tiada tempat untuk mengadu
tiada tempat untuk mencurah rasa..
bila saat itu datang 
aku terasa bagaikan ingin kembali dalam pelukan kalian
dipujuk dengan kata agar tak mudah menyerah


mengimbau kenangan di waktu kecil dahulu
aku anak manja kalian 
di didik diasuh
dipeluk di cium
dengan sayang dan cinta
lelahmu abah mencari rezeki buat kami
bagaikan hilang apabila pulang
senyum mu mengukir bahagia
langkah kaki kecil ini
sentiasa mengikutmu..
agar kau tak hilang dari pandangan..

kini tiada lagi ..
aku makin dewasa dengan asuhan kalian
membawa langkah  ini sendiri
aku rindu untuk terus berada di samping kalian
namun fitrah hidup tak mungkin mengizinkan..
hanya doa mak dak abah yang diri ini perlu
agar sentiasa kuat meneruskan
perjalanan yang penuh persimpangan penuh liku

mak dan abah
doaku agar kalian dipanjangkan umur
tak mampu ku membayangkan bagaimana kelak hidupku 
tanpa mak dan abah
doa kalian ku perlu agar aku kuat
menempuh hidup ini,..
semoga aku sempat membalas budi
membesar dan mendidik kami adik beradik..


anakmu yang merindu
        9.52 p.m
        sabtu







Saturday, 23 November 2013

cerita rindu

di malam yang sunyi
terasa hati ingin menulis lagi..
meluah segala rasa yang tak pasti..
ini cara ku mencoret rasa..
ingin kuluah pada manusia
kadang aku sendiri tak pasti..
ikhlas kah mereka mendengar cerita-ceritaku atau
sekadar suara ku singgah di angin lalu..
lalu ku turutkan rasa agar terus memendam segala rasa
cukuplah Allah sebagai tempatku mengadu..
kerana ku pasti Dia sentiasa ada untukku..

rindu ini hadir mencengkam dada
sebak ku rasa..
merindu insan yang tiada..
merindu insan yang jauh..
merindu kenangan ..
merindu segala masa lalu yang telah jauh ku tinggalkan..

beginilah hidup..
melalui dan meninggalkan dengan penuh cerita
penuh rasa..
kadang aku lemas dalam rindu..
mana mungkin masa bisa ku putar
untuk mengembalikan semula kenangan bersama
hanya ingatan tulus ini
hanya doa bisa ku beri mengiringi langkah
setiap perjalan hidup mereka,,

1.47 a.m
24/11/2013
kembara si perindu

Friday, 15 November 2013

petang yang damai

aku seorang hamba..
hakikat hidup seorang insan

langkah kadang lemah 
hati kadang resah sendiri
kala sepi ..sedih bertandang..
besarnya peranan hati
penuh rasa yang tak pasti

luahan rindu..
hanya mampu terucap di dalam hati
tak mampu ku luah di bibir
sekadar memendamdan dan 
menyerah pada pencipta rindu

hidup ini singkat
jangan di persia..
jangan di hiraukan..
pandangan manusia padamu..

teruskan langkah walau lemah
tak kan kau rebah andai Allah sentiasa di hati..

begitulah hidup..
kadang bahagia, kadang derita..
mimpi sekadar mimpi..
jangan terlalu berharap..
sekadar perancangan yang mampu
sedang hakikat kita tiada daya..
hanya mampu berserah
pada Illahi..