punya cerita yang amat menyakitkan..
hanya kerana satu ayat
C.A.K.N.A.
mendalam mengguris hati
seharian buat hidupku tak tenang
bila difikirkan semula
perkataan itu mungkin tak memberi apa-apa makna
tetapi mengapa amat menyakitkan ??
menguris hati ini
atau mungkin aku memang tak mengambil cakna
owh..salah aku laa..
saat-saat diri teruji dengan pelbagai masalah
kosong kurasakan
tiada kata yang mampu ku ungkap
hanya air mata yang terus mengalir
mengering di pipi dan kemudian nya mengalir lagi
air mata bagai tiada rasa letih mencurah
sama dengan hatiku ini..
puas ku pujuk tapi hati tetap begitu..
bukan aku menyesali takdir
cuma aku yang kurang kekuatan
hala mana lagi untuk ku pergi
aku tak ingin begini
bukan aku tak mengingatkan hati
cuma hati ini degil
dugaan ini ujian
Allah ada menemani di setiap langkah
itu lah yang ku percaya..
hidup ini milikNya..
takdir telah tersurat
pena telah mengering
hidupku terlipat dalam suratan takdir tuhanku..
hanya doa yang ku mampu
wahai diri kuatkan lah dirimu
Allah uji tanda kasih dan sayang
jangan mudah mengeluh,jangan mudah berputus asa
perjalanan masih jauh..
dugaan di hadapan sana masih banyak yang menanti..
walau dalam terpaksa lalui lah ia
kerna mungkin keterpaksaan itu yang menjadikan kita makin kuat.