Monday, 8 December 2014

lama tak ku menulis..
mencoretkan bait-bait ayat..mencari kembali ketenangan yang lama ku pinggirkan..
sungguh aku resah.. kecewa pada diri.. walau pedih..terpaksa ku telan..
aku rindukan ketenangan semalam..
ketenangan sewaktu kecilku.. tanpa perlu memikirkan semua resah hidup ini..
ku sedar tiap masalah yang menjadikan aku kuat.. namun masih bisakah untuk aku terus tersenyum saat ini..saat hatiku bergolak oleh segala rasa.. tuhan kurniakan padaku kekuatan..kurniakan pada ku hati yang kuat.. jangan biarkan aku lemah sendiri..
sungguh aku tak mampu.. sungguh aku tak kuat mengharungi tiap cobaan yang Engkau berikan..

inginku pulang pada pangkuan keluarga..menceritakan tiap rindu.. tapi ku takut , takut jikalau kau tidak mampu mengawal tiap bicaraku.. kelak menghiris hati dan perasaan mereka yang menyayangi ku..
aku tak betah untuk terus berada disisni.. tersenyum saat hati menangis..
siapa yang ingin mendengar resahku..andai resah ku sekadar menyusahkan mereka kelak.. hanya padaMu tempat aku bisa meluahkan segalanya..  tapi aku kadang tak punya kekuatan..
kumohon agar aku tabah..kuat disini..walau langkah ku tak seperti mereka..

Saturday, 21 June 2014

cepat waktu berlalu

assalamualaikum..

hari ni tanggal 21.6.2014
firstly, hari ni birthday abah..
insan istimewa di hatiku..
selamat hari lahir yg ke 48 abah..
hari lahir abah tahun ni ,, abah dah dapat cucu sulong..
mesti sekejap sgt rasa..
kalau ingat balik..25 tahun dulu.. abah baru dapat anak sulong..
mak baru lahirkan akak.. tapi sekarang.. akak pulak dah beranak..
cucu sulong abah..

ape pun sempena hari jadi abah..
anakmu ini sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup abah dan mak
moga abah dan mak panjang umur, sihat selalu..dan dalam keberkatan Allah s.w.t..
insyaallah..amin..

hari ni jugak..aku dah habis exam untuk sem 2..alhamdulillah..aku berjaya tamatkan tahun pertamaku di universiti..banyak dugaan dan cabaran yg terpaksa ku tempuh..terima kasih kawan-kawan..hadirnya kalian disisi.. membuatkan hidup ini lebih bermakna..

petang ni, mungkin petang terakhir aku di asrama..
bilik yang penuh kenangan...
sayang nak ku tinggal..tapi takdir dah tentukan..cukuplah masa setahun aku disini..
kalau berpeluang lagi.. pasti ku kunjungi lagi..
moga tahun seterusnya aku mampu menjalani dan menyesuaikan diri untuk tinggal di rumah sewa bersama kawan-kawan baru..
pada Allah lah tempatku mengharap..

Saturday, 26 April 2014

Benar hati ini milik Allah azza wajjala.. Dia yang berhak membolak-balik kan hati manusia. Dari suka menjadi benci , dari benci menjadi sebaliknya. Juga benar pesan mereka jangan terlalu melatakkan hati pada insan. Biar baru dikenali atau sudah lama sekalipun. Kerna takut, hati akan kecewa, patah beribu. Sakit yang amat menyakitkan, bila orang yang kita sayangi sebenarnya langsung tidak pernah untuk menjaga hati dan perasaan insan di sekeliling. Atau sebenarnya hati ini yang terlalu sensitif, mudah benar terasa dengan perkara yang remeh. Sehingga kini persoalan muncul, adakah mereka yang terlalu kejam atau hati ini yang cepat benar tersentuh. Hati bukan milikku.. bukan juga milik mereka.. tapi hati ini tak betah menerima segala rasa sehingga cepat benar ia terguris.
Ada ketika, bila hati ini terguris oleh rasa, aku ingin lari jauh dari mereka. Tak ingin ku menoleh lagi untuk sekadar mendengar kata maaf yang sebenarnya langsung tak punya keikhlasan. Hanya penuh kepuraan untuk berselindung di sebalik kesalahan. Namun mana bisa ku pergi menjauh, kerna aku tak punya pilihan.. jalan ku tetap di sini.. penuh persimpangan, penuh duri.. walau tujuan ku hanya satu..  tak semudah angan untuk  ku gapai.
Ya Allah andai suatu ketika nanti aku kehilangan arah tujuan dan harapan ..yakin kan lah aku bahawa takdir Mu adalah yang terbaik untukku..