Saturday, 23 November 2013

cerita rindu

di malam yang sunyi
terasa hati ingin menulis lagi..
meluah segala rasa yang tak pasti..
ini cara ku mencoret rasa..
ingin kuluah pada manusia
kadang aku sendiri tak pasti..
ikhlas kah mereka mendengar cerita-ceritaku atau
sekadar suara ku singgah di angin lalu..
lalu ku turutkan rasa agar terus memendam segala rasa
cukuplah Allah sebagai tempatku mengadu..
kerana ku pasti Dia sentiasa ada untukku..

rindu ini hadir mencengkam dada
sebak ku rasa..
merindu insan yang tiada..
merindu insan yang jauh..
merindu kenangan ..
merindu segala masa lalu yang telah jauh ku tinggalkan..

beginilah hidup..
melalui dan meninggalkan dengan penuh cerita
penuh rasa..
kadang aku lemas dalam rindu..
mana mungkin masa bisa ku putar
untuk mengembalikan semula kenangan bersama
hanya ingatan tulus ini
hanya doa bisa ku beri mengiringi langkah
setiap perjalan hidup mereka,,

1.47 a.m
24/11/2013
kembara si perindu

No comments:

Post a Comment