Thursday, 16 May 2013

~~HARI INI HARI GURU~~

assalamualaikum,

terasa pulak nk update blog yg dah bersawang ni..
maklumlah baru belajar-belajar berbelog je kan ni..hehehe
 oke, disebabkan hari ini hari guru..
teringat pulak zaman-zaman sekolah dulu..
walaupun baru habis sekolah setelah menamatkan zaman ting 6 tahun lepas..
hurmm..kalau kira-kira baru 5 bulan tak pergi sekolah..
tapi terasa dah lama sangat tinggal alam persekolahan..

oke lah disebabkan hari ni merupakan hari guru..,
terasa nak bercerita pulak tentang sekolah..
kalau dulu masa sekolah..
tiap kali nak menyambut hari guru..
cikgu-cikgu lah yang bersusah payah nak buat persiapan hari guru..
keteorang budak-budak ni just tngu arahan dari guru2.. hehe,,teruk kan..,!
tapi hari guru kat sekolah mmg best..

kalau dulu mase kecik2,,time sekolah rendah..
mesti excited giler nak pegi sekolah masa hari guru..
n then adelah anak mak yg menangis-nangis suruh mak beli hadiah untuk cikgu2 kat sekolah..aku lah tuu..
hahaha..kalau dapat bawak hadiah pen 2batang..semestinya pen merah & pen biru..
letak dalam kotak ubat gigi pun jadilaa..lepas tu balut pulak ngn kertas minyak warna koko tu..
mesti dah hepi sangat masa tu ..sebab nya kite pun ade hadiah nak bg kat cikgu..
n then mak pun selalu buat kan kad hari guru guna kertas lukisan je.. satu kertas tu kerat dua,,jimat ! haha..

rindukan time2 sekolah dulu..
sekarang segalanya hanya milik kenangan..
kenangan bersama cikgu-cikgu..
yang semestinya banyak memberi tunjuk ajar


kepada insan yang bergelar guru..
kepada insan yang pernah mengajar diri ini..

cikgu..
selamat hari guru ku ucapkan.. terima kasih diatas segala ilmu, tunjuk ajar & pertolongan yang diberikan..
jasamu akan ku kenang selalu walau diri ini semakin menginjak dewasa..
padamu guru.. insan yang di amanah kan ALLAH untuk mendidik &mengajar ..
ku akui bukan mudah untuk menjadi seorang guru..pelbagai cabaran ,ujian & dugaan yang harus di tempuhi
kau terpaksa melayan anak2 didikmu yang pelbagai kerenah..
namun kau cekal kan hati untuk terus melihat anak didik mu berjaya..
cikgu doakan diri ini agar kelak andai diberi peluang aku juga teringan untuk bergelar seorang guru seperti kalian..
ingin ku didik mereka dengan penuh kasih sayang agar kelak mereka berjaya dunia & akhirat..
insyaALLAH..aminn..


No comments:

Post a Comment