Monday, 26 March 2012

assalamualaikum..

alhamdulillah..syukur kerana kita masih lagi dapat melihat dunia untuk hari ini..masih lagi dapat menghirup udara untuk meneruskan kehidupan..masih lagi tersedia rezeki untuk kita pada hari ini...kadang-kadang perkataan syukur itu terlalu payah untuk kita ucapkan...malah kadang-kala kita lupa, kita masih lagi dapat hidup di dunia hanya kerana ALLAH yang maha kuasa....tanpa NYA siapalah kita...itulah manusia..sikap manusia yang sentiasa lupa pada hakikat kehidupan...sibuk dalam mengejar urusan duniawi sehingga leka tentang sesuatu yang abadi iaitu bekalan untuk kehidupan selepas mati...

ramai manusi hari ini yang berfikiran hidup masih muda jadi untuk apa fikirkan tentang amal kebaikan...
mereka lupa sedangkan insan yang baru lahir melihat dunia juga sudah diambil kembali oleh yang Maha Pencipta..apatah lagi kita yang masih segar sihat walafiat ini...mati itu pasti..tidak kira tua, muda, remaja..yang pasti mati itu akan datang pada setiap insan bernyawa......yang sihat juga apabila sudah tiba masanya akan dipanggil kembali apatah lagi insan tua yang mula menghitung hari...mengira amal kebaikan sewaktu muda...

hidup ini seketika cuma...sementara masih mampu untuk beramal, lakaukanlah...kelak esok tidak menyesal..tentang masa yang dibiarkan berlalu tanpa amalan...sementara masih kuat untuk beribadat,,lawanlah nafsu kemalasan moga hidup sentiasa mendapat Rahmat kasin NYA Ilahi...

sedarlah perjuangan hidup ini adalah untuk mati...
bunga nan indah kan layu jua akhirnya..
bersamalah kita bermuhasabah diri...merentasi kotak pemikiran..agar masa yang ada tidak dibiarkan kosong tanpa amalan-amalan indah yang kelak mampu menemani diri....

No comments:

Post a Comment